Monday, 28 May 2012

STRATEGI PEMASARAN PENENTU KEJAYAAN

As Salam,


Dah lama rasanya tak menconteng sesuatu disini. Saya disini ingin meluahkan rasa kecewa pada sebahagian bakal-bakal peniaga Clixster. Bukannya apa,tadi sy masuklah Page Rasmi Clixster. Punya la ramai peniaga-peniaga ni menulis kat Wall dgn kata-kata yang kurang enak bila di baca. Seolah-olah mereka ni hilang pertimbangan. Tidak berfikir secara rasional. Yang sedihnya majoriti mereka ni dari golongan bumiputera yakni melayu. Mana perginya budi pekerti,sopan santun dan bijaksana pada golongan ni?!

Mereka mungkin berfikir Perniagaan Telekomunikasi ni sama dengan berniaga goreng pisang di tepi jalan. Seolah-olah semudah panaskan minyak dan gorenglah pisang tuuuu....

Tidak kah mereka terfikir,mungkin ini adalah STRATEGI PEMASARAN pihak prinsipal iaitu Samata Communication?

Pejamkan Mata...Tarik Nafas Panjang-Panjang dan Lepaskan Nafas Perlahan-lahan....

Cuba anda selidiki kejayaan IPHONE PS3 dan Samsung menguasai Segmen masing-masing...

Iphone saja melakukan gimik yang pelbagai di Internet sebelum ia berada di pasaran. Sehinggakan ramai blogger-blogger bebas menghasilkan cerita berkaitan dengan Iphone. Penuh dengan propaganda. Tapi Apple (Steve Jobs) hanya berdiam diri tanpa menjawab pelbagai soalan yang di ajukan kepada mereka. Hasilnya adalah LEDAKAN PERMINTAAN dan ketidak sabaran bakal pengguna menunggu kehadirannya di pasaran. Sehari sebelum pelancaran, pengguna sanggup tidur di tepi jalan semata-mata menunggu kedai Apple di buka dan seterusnya menjadi PENGGUNA TERAWAL kepada Iphone.

Begitu juga dengan PS3 dan Samsung. Penuh dengan maklumat andaian semta-mata di Internet. Hasilnya adalah amat POSITIF.

Bukankah ini SATU STRATEGI PEMASARAN yang amat BERKESAN?!

Sekarang cuba anda google clixster! Apa yang anda perolehi??!
WOW! Penuh dengan cerita yang berbeza-beza kan?
Apa yg anda rasakan waktu ini? Tidak SABAR menunggu kelahirannya. Betul tak?

Keadaan ini sebenarnya amat menguntungkan bakal peniaga telekomunikasi Clixster. Ia sudah terbukti waktu kami berada di PWTC. Kami berjaya menjual BERATUS Sim Pack Clixster walau tanpa Produk lagi. Pembeli tidak sabar-sabar nak guna. Ada yg membuat tempahan sehingga lapan nombor sekali gus.. Kaunter kami di serbu TANPA HENTI sehingga LAPAN JAM!

Cuba bayangkan apabila pengumuman rasmi dibuat oleh CLIXSTER bahawa esok ia AKAN MULA BERADA DIPASARAN?Peeeergh! Waktu itu ANDA PASTI TAK MENANG TANGAN.

Saya BERHARAP kepada bakal peniaga yang mungkin kurang pengalaman berniaga dalam segmen ini afar melengkapkan diri dengan ILMU PEMASARAN.

Jangan melompat tak tentu pasal...Nanti orang lain mengata memang MELAYU TIDAK PANDAI BERNIAGA.

RENUNG-RENUNGKANLAH




Barie Massa
Seven Sabre Network (M) Sdn Bhd










Sunday, 27 May 2012


KESALAHAN MENGAMBIL MAKLUMAT DIJADIKAN PELURU PEMASARAN

As Salam dan sejahtera kepada semua,
Saya rasa seronok bila melihat rakan-rakan yang lain berlumba-lumba memperkenalkan Clixster di pasaran. Sehingga hampir semua ruang forum akan ada cerita berkaitan Clixster. Best la..
Tapi lama kelamaan rasa bosan pulak membacanya, asyik-asyik cerita benda yang sama. Saya langsung tidak tertarik dengan maklumat yang diberi. Bosan sungguh... Niat  betul dah tapi sayang, seribu kali sayang. Tiada daya penarik. Cuba kawan-kawan semua tengok sendiri, cuba google "clixster"... wow hebatkan?! Cuba klik setiap satu demi satu. Baca maklumat yang diberi. SEMUANYA SAMA..... Takda 'class' langsung... Oooops maaf, ada pulak yang terasa nanti.
Saya bukanlah pandai bab-bab 'marketing' ni  cuma nak berkongsi pandangan kepada semua. Saya dah 'print screen' satu artikal bab clixster. Sila rujuk dibawah ni....

Menarik ke? atau membosankan? atau biasa-biasa je?
 Takda beza pun dengan telco yang lain. Betul tak?


*Panggilan Percuma sesama Ahli..., -----> telco lain pun offer gak.
*Panggilan ke Telco lain cuma 14sen! ----> ada yang lebih murah laaaa
*RM1.00 sehari melayari internet -------> telco lain dah offer daaah
*Insuran Kemalangan RM100,000 -----> ini pun telco lain dah offer
*Guna no sedia ada ------> ini langsung tidak menarik minat pengguna

ooooooppssss! Jangan marah yea... tapi inilah hakikatnya. Kenapa kita nak terangkan lebih2 pulak bab seperti diatas. Mungkin sekarang clixster la yang terbaik dari sudut di atas. Tup tup! Esok lusa telco lain turunkan lagi harga, buat lagi promosi yang lebih gempak.! Nak buat apa lagi!? Ha kan! Dah tak boleh jawab dah soalan saya....

MURAH bukanlah penentu pengguna akan beralih kepada Clixster. Dah terbukti!!!! Pergilah selidik sendiri. Telco si Merah bukan lah Murah berbanding Telco si Biru tapi Telco si Merah jauh mengatasi pesaing yang lain. KENAPA?! Hohohoho.. Fikirlah sendiri yea...

Kenapa kalian tidak TONJOLKAN Clixster tu pada 'liputan' yang lebih luas berbanding telco-telco yang lain. Kekuatan LIPUTAN Clixster tidak ada pada pesaing... Haaaaaa, ini barulah kekuatan Clixster yang sebenar. Kena ingat tu... !!!!

Lagi satu kekuatan pada teknologi yang cuba di tonjolkan. adalah Teknologi NFC (Near Field Communication)... Ini langsung tiada pada telco yang lain. Apa lagi..! Cerita kanlah kehebatan Clixster dengan NFC... Telco lain langsung tak boleh buat promosi bab NFC ni bersama dengan E-Wallet yang di sambungkan terus ke akaun Kopsya. (E-Wallet ni 'real money' tau). Betul tak? Cuba tengok video di bawah ini.... Pasti Bakal Pengguna akan terpegun! Tanpa Dakwa Dakwi lagi..

Click disini..... Cuba lihat video contoh ini


Baru lah Gempak! Cuba fikirkan lagi apa keistimewaan yang ada pada Clixster tapi tiada pada telco yang lain. Ada banyak lagi TAU... Semoga kalian semua berjaya dalam Perniagaan ini. Insya Allah.
Sehingga bertemu lagi.
CLIXSTER PENERAJU TEKNOLOGI NFC DI MALAYSIA!



Barie

Seven Sabre Community




Perasmian Clixster













Perkhidmatan CLIXSTER

  • clix2pay
    Perkhidmatan Pembayaran Mudah Alih
  • clix2remit
    Perkhidmatan Kiriman Wang Mudah Alih
  • clix2booked
    Perkhidmatan Bayaran Tiket
  • clix2share
    Perkhidmatan Pindahan Kredit
  • clix2paybill
    Perkhidmatan Bayaran Bil