As Salam,
Dah lama rasanya tak menconteng sesuatu disini. Saya disini ingin meluahkan rasa kecewa pada sebahagian bakal-bakal peniaga Clixster. Bukannya apa,tadi sy masuklah Page Rasmi Clixster. Punya la ramai peniaga-peniaga ni menulis kat Wall dgn kata-kata yang kurang enak bila di baca. Seolah-olah mereka ni hilang pertimbangan. Tidak berfikir secara rasional. Yang sedihnya majoriti mereka ni dari golongan bumiputera yakni melayu. Mana perginya budi pekerti,sopan santun dan bijaksana pada golongan ni?!
Mereka mungkin berfikir Perniagaan Telekomunikasi ni sama dengan berniaga goreng pisang di tepi jalan. Seolah-olah semudah panaskan minyak dan gorenglah pisang tuuuu....
Tidak kah mereka terfikir,mungkin ini adalah STRATEGI PEMASARAN pihak prinsipal iaitu Samata Communication?
Pejamkan Mata...Tarik Nafas Panjang-Panjang dan Lepaskan Nafas Perlahan-lahan....
Cuba anda selidiki kejayaan IPHONE PS3 dan Samsung menguasai Segmen masing-masing...
Iphone saja melakukan gimik yang pelbagai di Internet sebelum ia berada di pasaran. Sehinggakan ramai blogger-blogger bebas menghasilkan cerita berkaitan dengan Iphone. Penuh dengan propaganda. Tapi Apple (Steve Jobs) hanya berdiam diri tanpa menjawab pelbagai soalan yang di ajukan kepada mereka. Hasilnya adalah LEDAKAN PERMINTAAN dan ketidak sabaran bakal pengguna menunggu kehadirannya di pasaran. Sehari sebelum pelancaran, pengguna sanggup tidur di tepi jalan semata-mata menunggu kedai Apple di buka dan seterusnya menjadi PENGGUNA TERAWAL kepada Iphone.
Begitu juga dengan PS3 dan Samsung. Penuh dengan maklumat andaian semta-mata di Internet. Hasilnya adalah amat POSITIF.
Bukankah ini SATU STRATEGI PEMASARAN yang amat BERKESAN?!
Sekarang cuba anda google clixster! Apa yang anda perolehi??!
WOW! Penuh dengan cerita yang berbeza-beza kan?
Apa yg anda rasakan waktu ini? Tidak SABAR menunggu kelahirannya. Betul tak?
Keadaan ini sebenarnya amat menguntungkan bakal peniaga telekomunikasi Clixster. Ia sudah terbukti waktu kami berada di PWTC. Kami berjaya menjual BERATUS Sim Pack Clixster walau tanpa Produk lagi. Pembeli tidak sabar-sabar nak guna. Ada yg membuat tempahan sehingga lapan nombor sekali gus.. Kaunter kami di serbu TANPA HENTI sehingga LAPAN JAM!
Cuba bayangkan apabila pengumuman rasmi dibuat oleh CLIXSTER bahawa esok ia AKAN MULA BERADA DIPASARAN?Peeeergh! Waktu itu ANDA PASTI TAK MENANG TANGAN.
Saya BERHARAP kepada bakal peniaga yang mungkin kurang pengalaman berniaga dalam segmen ini afar melengkapkan diri dengan ILMU PEMASARAN.
Jangan melompat tak tentu pasal...Nanti orang lain mengata memang MELAYU TIDAK PANDAI BERNIAGA.
RENUNG-RENUNGKANLAH
Barie Massa
Seven Sabre Network (M) Sdn Bhd